Projek Ternakan Kambing Boer
Smalam aku cuti. Saje nak rest2 sambil beli barang keperluan untuk menyambut puasa. Nak settle beberapa pekara penting. Report polis pasal org gaji lari, submit borang ruma etc. Tapi reason utama aku cuti ialah nak jumpa kawan lama. Kawan seangkatan masa first kerja dulu sejak tahun 1997 sampai lah ke 2000. Lepas tu masing2 bawa haluan sendiri. Namun masih keep in touch.
Nasha aka Kambing. Nick yang sudah tidak asing lagi baginya. Dulu masa kat AMI Insuran ( sekarang dikenali sbg Commerce Assurance), satu opis panggil dia kambing… semuanya bermula dengan nick yang digunakan semasa cit-cat (dulu famous alamak, bbc, irc etc). Cerita berkaitan nickname ni boleh layan kat blog Ami.
Mungkin rezekinya pada nickname tu.. Penternakan kambing dijadikan sebagai pekerjaan utama. Menganbil keputusan drastik untuk berhenti dari bidang IT dan menumpukan perhatian pada bidang baru ini, KAMBING.
Berikut serba ringkas ulasan lawatan ke Projek Ternakan Kambing Boer beliau di Kapar, Klang
“Sebenarnya aku pun tak sangka macam mana boleh tersangkut ngan projek ni. Mulanya lepas aku pergi Pameran Pertanian dulu, aku lebih cenderung nak tanam pokok cabai. Pastu bila aku tanya kat member aku kalau2 ada tanah yang boleh nak dibangunkan, member aku plak cadang pesal tak ternak kambing jer?.. prospek lagi bagus apa?. ”
“So, dari situ aku pun mula cari rakan kongsi. Alhamdulilah tak sampai sebulan dah ada 5 org rakan kongsi. Setiap seorang keluar modal RM20 ribu. Kitaorg start dgn RM100,00 dulu. Malas nak buat pinjaman”
Tanah ni pun milik ayah kepada salah seorang rakan kongsi kitaorg”
“Kos kandang ni dalam angaran RM15K untuk saiz 30X50 kaki. Itu belum campur ngan kos nak tebang pokok kelapa, nak masuk eletrik, buat rumah utk pengawal lagi. Satu kandang ni ada 8 bahagian yang dipisahkan mengikut peringkat. Anak yang baru lahir akan diasingkan.”
“Kambing yang kitaorg ternak ni dari kacukan baka Jamnapari dan Boer. Anak yang hasil dari kacukan ni mmg tahan lasak. Susah kena penyakit dan sesuai utk cuaca macam kat Malaysia. Jika ada yang berpenyakit, kebiasaan nya selsema. Kadang2 kitaorg panggil doktor haiwan datang melawat utk melihat jika kambing2 ni ada yang berpenyakit. Bayar le RM10-RM20 sekali lawatan
”
“Aku upah orang pakistan(Nazir Khan) jaga kambing2 ni semua….Bayar gaji la. Tak mampu kitaorg nak datang sini hari2 nak jengok. Lagipun kitaorg sediakan rumah untuk dia, so boleh la jaga sekali waktu malam. 2-3 hari sekali kitaorg datang la melawat tengok apa yang patut. “
“Dari segi makanan pulak, kita org sediakan rumput taiwan segar(appier), pokok jagung, garam jilat ditambah pula dengan goat peelet yang diberi pada waktu pagi, tengahari dan juga petang. Semuanya diuruskan oleh Nazir”.
“Kadang-kadang, kambing2 ni dibawa turun ke laman untuk bersenam. hahahaha. Nasib baik tak payah nak halau masuk balik ke kandang. Agak2 dah jemu duduk atas tanah, dia akan panjat sendiri masuk ke kandang.
”
Rumput segar taiwan/Nappier yang ditanam disekitar kawasan ternakan.

“Nazir, kamu raya nanti jangan balik Pakistan OK?. Nanti tak ada orang mahu jaga ini kambing
Nanti saya bawa banyak kuih2 raya untuk kamu
”
“Alhamdulillah, baru 5 bulan beroperasi hasil ternakan dah bertambah dari 30 ekor ke 50 ekor lebih. Tapi kitaorg tak fokus ke kambing Boer sahaja, lembu & biri2 pun ada disediakan jika ada tempahan.
InsyaAllah, setahun dua lagi, bila dah berkembang, barulah kitaorg plan nak buat pinjaman bank utk memperbesarkan lagi ternakan ni. Permintaan pun dah tinggi.
Lagipun orang2 sekarang ni dah pandai. Kalau dulu, sebut je kambing, orang asyik pikir kelesterol tinggi, banyak lemak tepu dan tak elok untuk jantung. Tengok je la orang arab makan kambing, kibas sihat walafiat jer..
”
Info
: Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan
: Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer juga memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain
: Kambing Boer mempunyai kenaikan berat badan yang cepat dan ia boleh dipasarkan pada umur lapan bulan hingga setahun dengan berat melebihi 50 kilogram bagi kambing jantan
: Malaysia perlukan 600,000 ekor kambing daging setahun – mengikut perangkaan JPH, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600,000 ekor) pada 2003. Setakat ini, kira-kira 1000 tan ataupun hanya 6-7% yang diperolehi dari penternak tempatan dan selebihnya diimport
‘’Kita bukan ke belakang tetapi kita akan lihat era baru industri pertanian negara yang menakjubkan, malah kita akan memberikan lagi nilai tambah kepada industri ini,”
- PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pada sesiapa yang berminat untuk membeli daging kambing/lembu tak kiralah untuk Aqiqah ke, kenduri ke, silalah hubungi En.Nasha di talian 012-3630839.
Cuba cakap aku(Abah) yang rekomen kan. Mudah-mudahan dapat diskaun





askum… aku rasa kurang puas hati la boleh x kite bjumpa bincang pasal kau punya ternakan.
Comment by zulkifli kasmuni — September 18, 2007 @ 1:36 pm
apa yang tak puas hati nye plak? hehehe
lagipun tu bukan projek aku.,.. member aku punya..
nak sembang2 jom la jumpa tokeh kambing tu
Comment by abah — September 18, 2007 @ 3:26 pm
aku rasa cerita ni macam cerita dalam kisah-kisah kehidupan plak…hang ceritakan ke atau hang copy paste email dia yg dia hantar kat hang?
Comment by iza — September 20, 2007 @ 5:01 am
iza,
tu mmg apa yg dia cerita kat aku la masa aku gi jumpa dia..
kira macam aku interview dia la…
Comment by abah — September 20, 2007 @ 5:45 am
abah.. hang interbiu aku pulak…aku tgh coba buat tanaman rumput besar-besaran….
Comment by ian — September 20, 2007 @ 6:25 am
one of the rakan kongsi dia…...jep punya sedara…..
Comment by queen — September 21, 2007 @ 4:17 am
Kita ada jual kambing, kami ingin nak tahu kalau encik nak beli???
Comment by thana — October 3, 2007 @ 7:15 am
fuyoooooooo!!
gempak gak projek kau
hensem hensem la kambing kau macam bradd pit!! hehe
aku nak tanya skit duabijik soalan
mcam mana ang dapatkan baka kambing boer yang power mcam F4/F5 utk lahirkan zuriat kambing yang kuat?.........
satu lagi ni …....
cam mana ang nak bezakan kambing boer mengikut gred f1 sampai 5.? bukan pa skarang ni remai penternak yang dah kena tipu….sebab tak tau beza gred kambing…kisahnya.. mula 2 si penternak ni beli kambing dr pembekal kambing, tp kena tipu bulat 2 sebab tak tau beza gred kambing,.. dapat plak 2 kambing yang cikai antara f1/f2 (non-grade) sedih betoiii. pastu dok gadoh hasil tak banyak. sebab kambing yang nongrade ini tak leh branak banyak 2…....ha komen skit?
Comment by jack — October 8, 2007 @ 9:38 am
Saya fikir elok jika di beri kajian kemunkinan untuk projek ini supaya dapat menarik lebih ramai peminat. Kosting dan pulangan perlu di beri termasuk modal pelaburan asas termasuk benih pertama, kos infrastruktur dll.
Comment by Pak Dahalan — October 18, 2007 @ 10:45 am
rumput napier senang nak tanam ker? berapa lama tahap matang ia tumbuh ? nak kena baja ker
Comment by zaid — October 23, 2007 @ 7:09 pm
macam mana nak jumpa dengan tauke kambing, sebab ada minat nak buat projek kambing.
Comment by amran — December 6, 2007 @ 5:48 am
Assalamualaikum, sorry la bro, aku ni baru nak planning jadi gembala kambing, bila terbaca cerita u all ni rasa seronok la pulak, anyway tahniah…
Comment by Ahmad Dev Abd Rahim — December 31, 2007 @ 3:32 am
Aku tengok banyak masalah yang dihadapi oleh penternak,terutamanya tentang bekalan dan harga makanan kambing.so di sini aku cadangkan orang kita (Melayu laa) buka satu perniagaan jadi pembekal makanan kambing.maksud aku dia bleh handle harga n bekalan makanan kambing nih.nak tubuh perniagaan nie kita buat la bisnes plan ckit kat MeCd or jabatan pertanian.bukan apa bekalan makanan nie macam harga minyak masak la.korang pikir ar sendiri bangsa len main harga ikut persatuan diorang.bila lagi kita nak buat pertubuhan nak bangunkan perniagaan orang kita sendiri.Tapi satu ja aku mintak dari kamu sumer.”Sokong La Orang Kita” kalo kita teguh,bangsa len confirm gerun ngan cara kita bangunkan bisnes dalam masa terdekat.nie bukan racism k,nie untuk orang kita fikir macamana nak kuar dari kemelut n tempurung.-AMIZI (012-4863265)
Comment by Amizi — January 12, 2008 @ 12:44 pm
Lupa plak,bukan makanan kambing ja tau,lembu,arnab,lintah,burung unta,baja2 yang digunakan dalam pertanian.Dengar macam lawak.fikir la wahai penternak bumiputra.jika titik permulaan bermula dengan Bismillah,Insyallah kita bleh berjaya dengan adanya usaha dan daya fikir yang berterusan.
Comment by Amizi — January 12, 2008 @ 12:50 pm
aku dah start bela sepasang baru1 bln aku bela.agak 2 bila ternakan aku blh mbiak lg. sbagai orang lama aku nak tau dari saudara kat mana boleh aku dptkan benih rumput.aku cadang nak tanam sdiri.usia kambing aku dah masuk 5 bln.harap saudara sedia mbantu.
Comment by zul — February 16, 2008 @ 4:54 pm
bela kambing boer pun ok jugak. Tapi misti baca betul2 slm mula. Modal asas dan overheadnyua macam mana. nanti Kambing posa jugak. Yang untungn ya pembekal kambing depa hentam sampai RM 2500 sekor jantan. Ibunya sampai rm 1000. 3 keturunan kambing baru dapat modal balik. Anda boleh tahan – go head.
Comment by ABD KADIR S — March 3, 2008 @ 4:26 am
Askum! Selamat berkenalan bro & kwn2….
Bagus la org2 kite (melayu) dah mula berani ternak kambing nie…
Same la mcm hang gak, den mula skit dgn 10 ekor & saiz kandang 16×30 tp skang pun dah x muat mcm sardin plak… Kalu nak ekonomi tu kene la ade bela boer, jamna kacuk & katjang! x ade la nanti pening nak melayan boer jer sbb jenis lain pun demand tggi gak… Alhamdulillah den syukur skang mula projek berkembang mcm penternak lain & dah mula wat kandang baru 20×80 plak utk biz plan akan dtg dgn tambahan induk baru boer & katjang… Ape pun kwn2 yg mahu cuba tu @ yg sedang mencuba teruskan usaha, hati kene kering & kite sama2 kongsi pengalaman!
Comment by zul — March 19, 2008 @ 3:14 pm
macammana nak mula ternak kambing.berapa kos diperlukan
Comment by samsuddin — April 9, 2008 @ 8:20 am
lokasi kandang kau kat ne aaa…?
Comment by zull — May 29, 2008 @ 5:48 am
salam..mcmmana nak start bussiness kambing ni..
Comment by shafie — August 1, 2008 @ 1:45 pm
Tuan,
saya akan memulakan ternakan kambing dalam masa 1/ 2 bulan lagi
boleh saya tahu,
1. apa kah jenis-jenis kambing yang sesuai
2. dan berapa kah harga setiap kambing
3. apakah harga mengikut umur atau berat.
4. apakah ubat-ubatan yang ada
5. apakah pakej yang tuan sediakan
6. kalau saya ingin ternak untuk “breeding” apakah jenis kambing yang sesuai
7. kalau saya ingin ternak untuk “trading” apakah jenis kambing yang sesuai
8. apakah bantuan-bantuan yang kerajaan sediakan
9. apakah jabatan kerajaan yang menyediakan bantuan
sekian.terima kasih.
Salam
Hj Hasim,
AL RAZZAQ GOLDEN RESOURCES RANCH
Inas Goat Farm (Gasing)
NSDK
Contact :-
Hj Hasim/Kama
>012-6070046
>019-9879706
Fax : 06-6013723
Comment by Hj Hasim — September 4, 2008 @ 1:55 pm
Assalammualaikum,
tuan dimana alamat, boleh jual murah sikit ana baru cadang nak ternak dalam 4-5 ekor jantan betina berapa kosnya?
Comment by MOHD SAMSI MOHD SOM — December 20, 2008 @ 6:31 am
aku nak join korang nye projek leh ker… tapi aku ade tempat sendiri pengalaman jer aku takde…
Comment by azmil — December 29, 2008 @ 6:50 am
bro boleh pinjam beor jantan. saya ada tiga ekor betina tiada jantan.
Comment by yasser — February 26, 2009 @ 3:32 pm
kepada yg berminat utk beli kambing tu,sertakanlah email or mobile number atau hubungi saya ditalian +60420217479 or email saya wanmamat@yahoo.com
Comment by wan — March 8, 2009 @ 12:17 pm