Smalam aku cuti. Saje nak rest2 sambil beli barang keperluan untuk menyambut puasa. Nak settle beberapa pekara penting. Report polis pasal org gaji lari, submit borang ruma etc. Tapi reason utama aku cuti ialah nak jumpa kawan lama. Kawan seangkatan masa first kerja dulu sejak tahun 1997 sampai lah ke 2000. Lepas tu masing2 bawa haluan sendiri. Namun masih keep in touch.
Nasha aka Kambing. Nick yang sudah tidak asing lagi baginya. Dulu masa kat AMI Insuran ( sekarang dikenali sbg Commerce Assurance), satu opis panggil dia kambing… semuanya bermula dengan nick yang digunakan semasa cit-cat (dulu famous alamak, bbc, irc etc). Cerita berkaitan nickname ni boleh layan kat blog Ami.
Mungkin rezekinya pada nickname tu.. Penternakan kambing dijadikan sebagai pekerjaan utama. Menganbil keputusan drastik untuk berhenti dari bidang IT dan menumpukan perhatian pada bidang baru ini, KAMBING.
Berikut serba ringkas ulasan lawatan ke Projek Ternakan Kambing Boer beliau di Kapar, Klang
“Sebenarnya aku pun tak sangka macam mana boleh tersangkut ngan projek ni. Mulanya lepas aku pergi Pameran Pertanian dulu, aku lebih cenderung nak tanam pokok cabai. Pastu bila aku tanya kat member aku kalau2 ada tanah yang boleh nak dibangunkan, member aku plak cadang pesal tak ternak kambing jer?.. prospek lagi bagus apa?. ”
“So, dari situ aku pun mula cari rakan kongsi. Alhamdulilah tak sampai sebulan dah ada 5 org rakan kongsi. Setiap seorang keluar modal RM20 ribu. Kitaorg start dgn RM100,00 dulu. Malas nak buat pinjaman”
Tanah ni pun milik ayah kepada salah seorang rakan kongsi kitaorg”
“Kos kandang ni dalam angaran RM15K untuk saiz 30X50 kaki. Itu belum campur ngan kos nak tebang pokok kelapa, nak masuk eletrik, buat rumah utk pengawal lagi. Satu kandang ni ada 8 bahagian yang dipisahkan mengikut peringkat. Anak yang baru lahir akan diasingkan.”
“Kambing yang kitaorg ternak ni dari kacukan baka Jamnapari dan Boer. Anak yang hasil dari kacukan ni mmg tahan lasak. Susah kena penyakit dan sesuai utk cuaca macam kat Malaysia. Jika ada yang berpenyakit, kebiasaan nya selsema. Kadang2 kitaorg panggil doktor haiwan datang melawat utk melihat jika kambing2 ni ada yang berpenyakit. Bayar le RM10-RM20 sekali lawatan
”



“Aku upah orang pakistan(Nazir Khan) jaga kambing2 ni semua….Bayar gaji la. Tak mampu kitaorg nak datang sini hari2 nak jengok. Lagipun kitaorg sediakan rumah untuk dia, so boleh la jaga sekali waktu malam. 2-3 hari sekali kitaorg datang la melawat tengok apa yang patut. “
“Dari segi makanan pulak, kita org sediakan rumput taiwan segar(appier), pokok jagung, garam jilat ditambah pula dengan goat peelet yang diberi pada waktu pagi, tengahari dan juga petang. Semuanya diuruskan oleh Nazir”.
“Kadang-kadang, kambing2 ni dibawa turun ke laman untuk bersenam. hahahaha. Nasib baik tak payah nak halau masuk balik ke kandang. Agak2 dah jemu duduk atas tanah, dia akan panjat sendiri masuk ke kandang.
”
Rumput segar taiwan/Nappier yang ditanam disekitar kawasan ternakan.

“Nazir, kamu raya nanti jangan balik Pakistan OK?. Nanti tak ada orang mahu jaga ini kambing
Nanti saya bawa banyak kuih2 raya untuk kamu
”

“Alhamdulillah, baru 5 bulan beroperasi hasil ternakan dah bertambah dari 30 ekor ke 50 ekor lebih. Tapi kitaorg tak fokus ke kambing Boer sahaja, lembu & biri2 pun ada disediakan jika ada tempahan.
InsyaAllah, setahun dua lagi, bila dah berkembang, barulah kitaorg plan nak buat pinjaman bank utk memperbesarkan lagi ternakan ni. Permintaan pun dah tinggi.
Lagipun orang2 sekarang ni dah pandai. Kalau dulu, sebut je kambing, orang asyik pikir kelesterol tinggi, banyak lemak tepu dan tak elok untuk jantung. Tengok je la orang arab makan kambing, kibas sihat walafiat jer..
”
Info
: Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan
: Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer juga memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain
: Kambing Boer mempunyai kenaikan berat badan yang cepat dan ia boleh dipasarkan pada umur lapan bulan hingga setahun dengan berat melebihi 50 kilogram bagi kambing jantan
: Malaysia perlukan 600,000 ekor kambing daging setahun – mengikut perangkaan JPH, rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 15,000 tan metric daging kambing (kira-kira 600,000 ekor) pada 2003. Setakat ini, kira-kira 1000 tan ataupun hanya 6-7% yang diperolehi dari penternak tempatan dan selebihnya diimport
‘’Kita bukan ke belakang tetapi kita akan lihat era baru industri pertanian negara yang menakjubkan, malah kita akan memberikan lagi nilai tambah kepada industri ini,”
- PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Pada sesiapa yang berminat untuk membeli daging kambing/lembu tak kiralah untuk Aqiqah ke, kenduri ke, silalah hubungi En.Nasha di talian 012-3630839.
Cuba cakap aku(Abah) yang rekomen kan. Mudah-mudahan dapat diskaun