Know your damn role!

June 26, 2007

Kita ditakdirkan untuk bersama

Filed under: Sports, Photography

Alhamdulillah.
Kalau dah sehati sejiwa tu memang tak kemana… rezeki aku dengan DESO masih ada walaupun detik detik cemas masih menghantui aku. Gigil sekejab.

Sebenarnya , ni penangan nak tangkap gambar awan la ni… lepas repair PC yang jahanam, keluar rumah jab nak pusing-pusing. Sekali perasan yang langit/awan cantik yang amat sangat. Then masuk rumah ambik kamera shoot beberapa keping kat depan rumah. Pastu bawak kereta ke Puncak Kinrara plak nak ambik view dari bukit. hehehe

View dari depan rumah.
DSC_8100

Ni kat Puncak Kinrara, nak nampakkan 2 suasana awan yang berbeza, Gelap dan kekuningan(reflection kat cermin)
Pak-guard yang jaga area tu tengok aku semacam jer.. hahaha
DSC_8114

Lepas dah boring, aku terus ke dewan MBA main badminton plak. Saje nak bagi berpeluh sket. Lagi pun hari ni final pemilihan pemain. Harap2 tepilih la nanti. :D Sebab kebetulan dalam kereta ada kamera, aku pun bawa la masuk sekali dalam hall tu. Takut nak simpan dalam kereta, nanti org pecah cermin, curi. Dah ada beberapa kes sebelum ni. So, aku bawa la DESO bersama ke dalam hall dan main la macam biasa.

Lepas main, bini call suruh beli susu anak ngan pampers kat Giant. Nak jadi hal, aku balik ke kereta cuma bawak beg raket. Yang beg kamera tertinggal atas kerusi. huh!... Dah sampai Giant baru teringat yang beg kamera tertinggal.. (dah dekat 30 minit tinggal) Time tu kelam kabut jangan cerita la.. mencanak je bawak kereta. Tapi alhamdulillah, beg kamera masih ada… tinggal dia je kat kerusi tu!.. fuh!...

Senyuman kepuasan pun mula terukir… :D

DESO,
Kau tetap dihatiku, pujaan ku selamanya,
Andai kau tiada, DEZOO akan ku cari ganti :P

4 Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://abah.blogsome.com/2007/06/26/kita-ditakdirkan-untuk-bersama/trackback/

  1. Nice editing bro….

    Comment by Polini's Photography — June 26, 2007 @ 6:01 pm

  2. Perhh gile syahdu punya entry hehe..

    Comment by vedd — June 27, 2007 @ 11:30 am

  3. Kalau aku kompem nangis nih

    Comment by The Queen — June 27, 2007 @ 2:32 pm

  4. nagis kuat ka slow, jep marah ka kalo hang?...hehe

    apo laaaa abah, siab baik aku tarak situ kalo tak sure aku ambik…kekekekekekeke, erkkk, pinjam deso hang bln ogos blehhhh…kekekekekekee

    Comment by singautara — June 28, 2007 @ 9:34 am

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Minz Meyer