Pulau BidanTrip
Fishing time….
Went back to Penang last saturday for 2 reason:
1. To meet my friend to settled his project in Sg Petani.
2. Go fishing at Pulai Bidan and Pulau Song Song.

The trip consist of 12 people which 7 of them never goes fishing at sea before. Me? this is my 3rd time so far!
We meet at Tanjung Dawai jetty early morning and take a light breakfast and dramamine (ubat mabuk laut). I didn’t take dramamine coz my previous experience i haven’t drunk. eksen wooo!..
The journey tooked about 1 1/2 hours from jetty. I saw few team members dah start lentok. .heheh baru half-way dah mabuk?. Agaknya sebab tak tahan di balun ombak kot! Boleh tahan jugak besarnya ombak dia!.. Hujan dah start turun rintik2. Tengok gaya macam nak lebat jer! So aku pun start simpan camera (takut rosak). Tu sebab tak banyak gambar2 aksi menaikkan ikan ditangkap
Tadaaaa… sudah sampai di lubuk pertama.. So, apa lagi! Start mancing la tengok siapa dapat dulu.. Tak sampai pun 5 minit berlabuh, seekor kerapu berjaya didaratkan oleh Mat Nod..ada la sebesar tapak tangan! Lesen sudah dapat! Tapi kata orang, harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Dalam sejam tak sampai pun 5 ekor ikan ditangkap.. silap lubuk kot! Agaknya bila tekong dah perasan sorang2 dah bohsan dan ada yg dah baring, dia pun ajak pindah lubuk lain plak.. Time ni, bapak ngan dua org adik aku dah tak tahan.. dah start mabuk laut. Aku tengk muka masing2 pucat semacam jer.. macam dah tak cukup darah

2nd lubuk, the place for grouper!
This is what we’re waiting for..
Memang banyak gila kerapu sini.. Pendek kata.. letak angkat!..letak angkat! Dalam 2 jam, hampir 50 ekor kerapu dinaikkan (everage dalam sekilo je). Yang lain ada la sembilang 2-3 ekor! Tengah syok2 layan, kapten kata berhenti dulu sebab nak hantar 4 org yg dah mabuk tadi ke pantai Pulau Bidan. Situ ada bilik disediakan, so diaorg boleh tido puas2..
Lepas hantar pemabuk2 tu, kitaorg pergi balik kat lubuk tadi… tapi agaknya ikan dah merajuk kot, aktiviti dah tak serancak tadi.. ikan dah kurang! But At-least masih ada yg menaikkan kerapu. Time ni aku dah start mamai dah.. tengok org pun macam dah ada 2-3 bayang.. antara petanda2 nak mabuk.. So, tak tunggu lagi dah..cari pot yg sesuai dan terus ZzzzZZzzz. Sempat la tido sejam lebih..
Kring..kring.. tepon kapten berbunyi… adik aku yg dekat pantai tepon
Din : “Abang Li, mai ambik kitaorg ni.. dah tak mabuk dah.. boring la tunggu kat sini..
Kapten : “Ok Ok! satgi kami sampai”
Then, lepas ambik pemabuk2 tu, kitaorg bergegas ke lubuk lain pulak.. tapi tak sampai pun 15 minit berlabuh, kedengaran suara sumbang :
Din : “aduih.. macam mana boleh pening balik nih.. iskk..”
Dan pemabuk2 tadi kembali sambung tido atas kapal.. Korang memang hampeh la…
Jam dah pukul 5pm. Hasil tangkapan pun boleh tahan. Kerapu yg tumpas ada la dalam 80 ekor lebih.
So kapten kata, jom kita mancing sotong plak kat Pulau Song Song… ( another 30 minute journey)
This time a bit OK.. wave pun tak sehebat tadi.. air pun tenang. So pemabuk2 tadi dah start segar and aktif..
Dalam sejam lebih, dapat la dekat 20 ekor sotong. Aku jugak yg kempunan tak merasa menjinakkan sotong..
. Takpe lain tahun cuba lagi!
Bahagian aku setelah dipecahkan kepada 12 bahagian.
Sampai jeti dah pukul 9 mlm. Penat memang tak terkira la. Selepas hasil dibahagi2kan, kitaorg pun cabut ke rumah masing2.. just another 1 hour drive. Sampai rumah apalagi, suruh mak masak kerapu ngan sotong la.. muhahaha. Memang sedap hingga menjilat jari!...


Abah pg tak ajak aku. Lian kali kita plan satu trip. Boat tu takdak bumbung ka? Bawak la balik kerapu 2-3 kat kita org
Comment by microkernel — September 18, 2006 @ 12:25 pm
aku tak nak ikut kalau tak de bumbung pasal nanti gelap
Comment by marjan — September 18, 2006 @ 3:31 pm
mokhtar, lain kali la….

kerapu tu dah habis kitaorg kerjakan.. hehehe
bumbung ada la.. tapi kecik.. stakat 2-3 org nak tido bole la…
Ni boat kitaorg..
Comment by abah — September 18, 2006 @ 3:48 pm
Oo lebih kurang macam boat kitaorg pg pulau tenggol hari tu. Tapi boat tu tekong dia tambah atap kat belah belakang. Tak gelapnyer Jep. Setakat sehari jer kat laut takan jadik gelap cam aku
Comment by microkernel — September 18, 2006 @ 8:47 pm
mengail ikan puyu laaaa beshhh buat pekasam…hehe
Comment by singa — September 19, 2006 @ 2:36 am
jepp, bawa payung laa kalau takut gelap. takpun bawa selimut, boleh tidoq terus
Comment by dfhzn — September 19, 2006 @ 6:28 am